Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia, yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya, akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
- Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
- Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
- Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
- Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
- Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
- Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.
- Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
No comments:
Post a Comment